Blingify.com - Flowers Backgrounds

Friday, February 8, 2013

DI BALIK DOA YANG TIDAK TERKABUL



 Lame dah tak menulis kat blog ni,, hehehe,, waktu cuti ni,, duk karang cerita yang biasa dengar.. sal doa org yang lambat di makbul allah,, diri sy pun pernah fkir cmni,, org lain solat hajat je cpt je dpt,, sy,,lain plak..  ok,, sy ade nak coretkan satu kisah seorg sahabt begini ceritanya..

Ada seseorang yang rajin berdoa, minta sesuatu dengan Allah. Orangnya soleh. Ibadahnya baik. Tapi doa tak kunjung terkabul. Sebulan menunggu masih belum terkabul juga. Tetap dia berdoa. Tiga bulan juga belum. Tetap dia berdoa. Hingga sampai satu tahun doa yang ia panjatkan, belum terkabul juga. Dia melihat teman sekerjanya. Orangnya biasa je. Tak istimewa. Solat masih tunggang langgang lagi.

Kelakuannya juga selalu not beres2x, selalu tipu-tipu, bohong sana-sini. Tapi pelik bin ajaibnya, apa yang dia doakan.semuanya dipenuhi. Orang soleh ini pun heran. Akhirnya, dia pun pergi jumpe seorang ustaz. Ceritalah dia permasalahan yang sedang dihadapi. Tentang doanya yang payah terkabul padahal dia taat, sedangkan kawannya yang nakal, dapat mudah je apa yang dia inginkan.

Tersenyumlah ustaz ini. Bertanyalah si ustaz pada orang ini. Kalau Awak biasa duduk di warung, and then datang peminta sedekah, image yang agak buruk, main muziknya tak best, suaranya fall, bagaimana? Orang soleh tadi menjawab, cepat2x  saya bagi dia duit ustaz, tak tahan tengok dan dengar lama-lama kat  situ, sambil nyanyi pula tu,,.

Kalau peminta sedekah  yang datang tu elok skit,, main lagu pun best, suaranya merdu, bawak lagu yang awak suka, bagaimana? Wah, kalo camtu, saya dengarla ustaz. Saya akan biarkan dia nyanyi sampai habis. Lama pun tak de masalah. Kalau perlu saya suruh nyanyi lagi. Nyanyi sampai sealbum pun saya rele. Kalau peminta sedekah tadi saya kasi  500, yang ini 10.000 juga berani, ustaz.

ustaz pun tersenyum. begitulah nak. Allah ketika melihat engkau, yang soleh, datang menghadap-Nya, Allah ingin sangat dengar doamu. Melihat kamu. Dan Allah teringin sentiasa bertemu dengan kamu dalam waktu yang lama. Buat Allah, bagi apa yang kamu nak itu senang betul. Tapi Dia nak tahan kamu dulu biar khusyuk, biar dekat dengan Dia. Cuba bayangkan, kalo doamu cepat dikabulkan, apa kamu bakal sedekat ini? Dan di penghujung nanti, apa yang kamu dapatkan kemungkinan besar jauh lebih besar dari apa yang kamu minta.

Beza dengan temanmu itu. Allah tak mahu sepertinya, dia dekat-dekat sama Allah. sUdah dibiarkan biar bergelimang dosa saja dia ni. Makanya Allah cepat-cepat bagi je. sudah. bahagiannya ya begitu je. Tak de tambah lagi.

Dan yakinlah, kata ustaz, kalaupun apa yang kamu minta ternyata allah tak bagi sampai akhir hidupmu, masih ada akhirat, nak. Sebaik-baik pembalasan adalah bahagia surga buat kita. tidak bakal ade rasa kurang kita di situ.

Tersedarlah orang tadi. Ia pun beristighfar, dah berprasangka buruk kepada Allah. Padahal Allah betul-betul amat menyayanginya. Semoga kisah ini menjadi pelajaran bagi kita semua... Aamiin