salam blog semue...
nak kongsi dengan korang semue,,
Wednesday, February 23, 2011
Cintai Dia Dalam Diam, Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan Dan Keikhlasan..
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba.. mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (QS. Adz Dzariyat: 49)
" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA." (QS. An Nuur: 32 )
" Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." ( QS. Ar Ruum: 21 )

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah.. berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya." ( Hadis )
" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa': 32 )
Cukup cintai dia dalam diam..,Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
Cukup cintai dia dari kejauhan..,Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..
Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 )a
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ." (Umar Bin Khattab ra)
~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk ~

Tuesday, February 22, 2011
~perempuanku~

Wanita sejati
bukan dilihat dari kecantikan paras wajahnya,tetapi kecantikan hati yang ada didalamnya
wanita sejati,,,,,,
bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yg mempesona,tapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya
wanita sejati,,,,,,,
bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan tetapi dari keiklasan ia memberi kebaikan it
wanita sejati,,,,,,,,
bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dari apa yg sering dimulutnya yg dibicarakan
wanita sejati,,,,,,,
bukan dilihat dari kelihaianya ia berbahasa tetapi dilihat dari bagaimana ia berbicara
wanita sejati,,,,,,,,
bukan dilihat dari keberaniaanya berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia mempertaruhkan kehormatanya
wanita sejati,,,,,,,,
bukan dilihat dari kekhawatiranya tergoda orang dijalan tetapi dilihat dari kekhawatiranya yg mengundang org jadi tergoda
wanita sejati,,,,,,,,,,,
bukan dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yg ia jalani
tetapi dilihat dari
bagai mana ia bersyukur
wanita sejati,,,,,,
bukan dilihat dari suplenya ia dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia menjaga kehormatanya dalam bergaul
semoga bermanfaat untuk kita para akhwat sekalian
Wallahu aklam
~dikala lemah itu menjengah,,,~ :(
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Memang.
Rasa lemah itu kadangkala menyapa diri.
Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur.
Terkadang, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.
Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.
Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada.
Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali??????
Bagaimana kita menyingkapinya?????
Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.
Benar. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun pernah berada dalam kondisi itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.
Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr.
Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.
Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kita berdepan dengan ujian itu. Bagaimanakah caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?????
Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.
Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.....

Monday, February 21, 2011
maaf!!tak sengaje katenye
seorang sahabat bush meminta bush menghadiri satu majlis keramaian bersama perdana menteri yan lain,dan meminta bush membuat sedikit ucapan,,dengan machonye bush berjalan dihadapan temannya tue,untuk memenuhi permntaan sahabatnya itu,,malangnya bush telah melepaskan satu gas yang tidak mampu ditahannya..
kalau tak ada bunyi,,,,,,,,mungkin ia tidak menjadi satu masalah,,
masalahnyaaaaaaaaaaa
gas tersebut keluar bersama bunyi yang membuatkan semue orng cube tahan perut dari ketawa,,malahan gas itu mengeluarkan sedikit bau,..fuhh.
merah padam muke bush dan yang lain,,lepas bagi ucapan,die terus story,,yang die tak sangke gas yang ingin dikeluarkannya itu keluar berserta dengan bunyi dan baunye sekali,,apa nak buat semuanya diluar kawalanya....
malu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
taggung sendirila beb!!!!
(this story tak de kene mengene dengn yang hidup..mau pun yang telah mati)
kalau tak ada bunyi,,,,,,,,mungkin ia tidak menjadi satu masalah,,
masalahnyaaaaaaaaaaa
gas tersebut keluar bersama bunyi yang membuatkan semue orng cube tahan perut dari ketawa,,malahan gas itu mengeluarkan sedikit bau,..fuhh.
merah padam muke bush dan yang lain,,lepas bagi ucapan,die terus story,,yang die tak sangke gas yang ingin dikeluarkannya itu keluar berserta dengan bunyi dan baunye sekali,,apa nak buat semuanya diluar kawalanya....
malu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
taggung sendirila beb!!!!
(this story tak de kene mengene dengn yang hidup..mau pun yang telah mati)
Subscribe to:
Comments (Atom)


